Selamat malam... ( dah pagi daaaa......)
Kekadang kita menyangka kita bagus,tetapi jika kita melihat diri sendiri dari kacamata insan lain nescahaya berdetiklah di dalam hati nurani kita. "Aku Kah Itu"?????
Sunday, March 20, 2011
.::AKU SEDANG BANGANG::.
Selamat malam... ( dah pagi daaaa......)
Tuesday, February 22, 2011
SAYA DAN RAJUK SAYA
Thursday, February 17, 2011
DI JALAN AMPANG
Tadi panas terik, Alhamdulillah nasib baik pendingin hawa kereta saya berfungsi dengan cemerlang sekali. Saya pergi ke tiga tempat yang berbeza. Selepas itu saya pergi menjemput bini dan anak perempuan saya balik ke rumah kami di Balakong.
Minda saya letih. Badan saya menjerit-jerit minta dimandikan. Berlengas dengan peluh.
Minta maaf posting saya agak menjemukan untuk dibaca untuk kali ini.
Monday, February 14, 2011
Be Strong!!!
Abang doakan ma terus kuat demi keluarga kita. Kita tiada daya upaya selain mengadu kepadaNya. Dan semoga rezeki abang tidak putus pun demi keluarga kita.
Well, Life Goes On!
Sunday, February 13, 2011
~Salah Aku Kah???~

CONTOH MATAWANG KITA DI MALAYSIA!!!
AMARAN :-
Luahan ini tidak seratus peratus benar uhuhuhhhh.....
Aku kesiankan diri aku dan keluarga aku. Nak buat saving RM100 sebulan pun tak mampu beb! Aku keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk jimatkan minyak! Aku nak juga merasa nikmat menyimpan di ASB, MBB, RHB, AFFIN dan kalau boleh di PBB!!! TETAPI AKU TAK MAMPU!!!
Tetapi aku insaf, susah-susah kami masih memandu camry cabuk dan duduk di kondo cap ayam. Cuma ralat tidak dapat menyimpan sesen pun duit gaji. WTF!!!
Ntah apa-apa ntah aku mengarut nih, cuma sekarang kami nih berasa rimas dan gelisah. Masuk 15hb duit di bank hanya tinggal SA ringgit je. WTF!!!
Aku tak minum arak, tak main perempuan, tak berjudi. Aku cuma suka layan internet je wahahahah.
Maafkan aku kalau merapu. Sesungguhnya jika kita kurang RM, memang hidup ini akan rasa tak best! Ya Allah, hanya padaMu aku merayu! Cukupkanlah rezeki kami, agar tidak kami meminta-minta kepada mereka yang tidak menghargai diri kami ini........
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS....
Friday, February 11, 2011
Ku Cuba Dan Terus Mencuba~~~~~
Salam jumaat!
Aku pulak kalau nak hilang stress, akan bermain snooker dengan geng Snooker Liga DAMINI yang diketuai oleh si penggila kuasa fendy, dan orang kanan yang makan guna tangan kanan, zamani non slam.
Ok lah, jumpa lagi ok? Bye2....
Thursday, February 18, 2010
HARAPAN BARU
Sunday, May 17, 2009
AHAHAHAHHH
Lupakan kisah dulu dan bersedia untuk masa hadapan. Aku akan cuba apdet selalu blog ni pasal aku dah gunakan wireless broadband oleh u mobile. Ok lah gang, aku gerak2 khas dulu. Ngantuk laa :p
Monday, April 13, 2009
.::SEKEPING GAMBAR SERIBU MAKNA::..
Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog saya. Ini adalah kerana saya tiada kemudahan internet di pejabat dan kebetulan juga saya sibuk skit. Saya akan cuba kemaskini pada masa akan datang.
Sekian. Wassalam..........
Wednesday, December 10, 2008
..::Kepochi Fraid Chiken::..
Entahlah, tetiba je abah kita meroyan nak mamam KFC je. Kita ikut je pasal bukan kita yang kena bayar. Abah duduk temankan kita sementara mama kita pergi beli KFC. Kita dapat jam percuma tau! Mama cuapkan kita, seronoknya kita kat sana. Nanti bila kita dah kerja, kita nak bawak mama & abah pergi KFC lak. Aminnnn....
Wednesday, November 19, 2008
..::ERMMM::..
Bolehlah Sabrina memasak untuk suaminya ini. Melihat anak membesar di depan mata. Ohhhh.....!!!! Sungguh mengujakan!!! Hiasan dalaman ringkas dan tidak banyak perabot tetapi mesti ada kitchen cabinet.
Arghhhhhh...., ok lah, aku nak sambung angan-angan yang akan menjadi kenyataan ini. Insya Allah.
Wassalam...........
Tuesday, November 18, 2008
..::Mengah Dan Lelah::..
Friday, November 14, 2008
..::CAK::..
Tuesday, January 01, 2008
SELAMAT TAHUN BARU 2008
Assalamualaikum w.b.t
Keduanya, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada isteri aku kerana sudi menyayangi diri ini walaupun ada banyak perangai aku yang dia tak suka. Cowiee sayang :p kepada emak aku dan sibling aku, thanks coz stand right behind me.
Aku pun tak tau nak tulis banyak2 pasal dah lama x apdet blog. Eheheh..., tahun nih aku nak melantit dengan lebih giat lagi.
CHAYOKKKK3x
Thursday, August 23, 2007
..::GRRRRRR::...
Friday, July 27, 2007
JUMAAT YANG MEMBOSANKAN
Entah mengapa aku berasa amat bosan. Mungkin kerana DOPOD 838Pro :p aku rosak atau sim kad Celcom 128k tidak menyokong sistem PDA aku ini? Kenapalah pda aku nih meragam? Akibatnya banyak panggilan dan sms diterima lambat giler. Korang bayangkan pengurus aku sms aku pukul 1.00 petang tetapi aku hanya mendapat sms itu pada pukul 10.00 malam!!! Tak hilang akal ker?
Tuesday, July 24, 2007
4G91AT ON VACATION!!!!

Semalam aku menghantar kereta aku untuk di cat baru. Proton Wira sedan 1.5 4G91AT. Semenjak aku membeli kereta ini pada 2002, dan tukar enjin pada tahun lepas barulah aku berkesempatan untuk memanjakan kereta aku nih. Minggu lepas kereta aku menjalani proses transformasi sistam gantungan @ suspension daripada sistem 1.3 kepada sistem 1.8. Penyerap hentakan minyak APM 1.6 diadun bersama lingkaran spring Proton Waja 1.6 berjaya menaikkan ketinggian kereta aku pada tahap yang lebih stabil. Dulu kereta aku agak rendah dibahagian hadapan kerana menampung enjin DOCH 16V bertansmisi automatik yang memang berat.
Selepas itu aku menaiki kenari bersama Pn Sabrina dan terus ke
Aku kenal Pn Sabrina masa gunakan kereta nih. Masa berdating, tunang, sampailah kawen dan ada Mia Nur Khalilah kereta ini tanpa jemu menaburkan bakti untuk kami sekeluarga. Tak lupa masa emak aku sakit, sampai ke Johor kereta ni membawa kami sekeluarga. Banyak betul kenangan manis aku bersama kereta ini.
Aku berazam untuk terus menyimpan kereta ini selagi keadaan mengizinkan. Walau pun selepas ini kalau ada rezeki aku akan membeli MPV yang besar untuk kami sekeluarga. Aku akan tetap akan memandu dikau wahai kereta ku sayang. Muahhhh……
Tuesday, July 17, 2007
KEEP ON SMILING BEBEH
Kenapalah aku berasa sangat-sangat bosan hari ni? Dah la tu, asyik menguap menahan mengantuk. Adakah aku memerlukan cuti untuk melepaskan kebosanan aku jauh-jauh daripada diri ini? Masalahnya, hamper kesemua cara untuk melepaskan tekanan perasaan aku memerlukan wang ehehehhh. Kalau lah aku boleh membeli playstation 2 untuk aku layan pada malam hari
Laptop lak aku hanya menunggu cek daripada HR. Aku malas nak pakai kad kredit pasal nanti kena surcaj 3%. Rugi ler aku tak pasal-pasal kena bayar lebih. Oh ya, aku nak beli laptop untuk mengurangkan aku balik terlalu lambat daripada pejabat. Dalam masa yang sama boleh la mem besau buat keje pejabat dia sekali. Kebanyakkan kerja mem besau memerlukan dia menaip dengan banyak. Jadi kalau ada laptop tu dia boleh sambung kerja kat rumah aku atau pun kat rumah mak dia. Kerja aku semua dalam external hard disk. Aku pinjam kat pengurus kanan aku kat pejabat. Tak lah besar sangat kapasiti external hard disk nih, cuma dalam 40GB. Ok laa tu, dalam cpu desktop aku, tiada tersimpan kerja ini. Ini pun dah mula berat, mungkin pasal RAM yang tidak mencukupi. Untuk beginner macam aku nih, RAM 256MB tak cukup laa. Nak main game lagi :p Aku menyasarkan untuk membeli laptop jenama HP Compaq Presario kot. Dapat layan Red Alert pun kita ok laa
Kalau ada rezeki lebih aku bercadang nak masukkan internet ke rumah aku. Tapi mem besau lak nak pasang astro. So aku kena berdiskusi terlebih dahulu dengan mem besau. Kerana ini semua memerlukan duit. Ahakssss. Tapi yang pasti aku tidak mahu pasal line telefon kat rumah. Mungkin aku akan pakai maxis wireless. Activation RM188 dan bulanan sebanyak RM68. Dalam kereta, dalam bilik air, bawah katil pun boleh surf lagi asalkan ada liputan. Best…… Tapi itu semua tertakluk kepada bajet bulanan. RM188 dan RM68 untuk bulanan pun kira banyak lah jugak untuk kami.
P/S:Lawa kan pix kucing kita nih :p
Monday, July 16, 2007
IMPIAN DAN HARAPAN
2) Nak cat kereta proton wira sedan 4G91AT aku.
3) Nak servis penyaman udara sebelum baby balik kajang.
4) Nak beli Play Station 2.
5) Nak beli MPV seperti Serena, Carnival atau Premacy.
Bila lah gaji aku nak menjangkau RM5K sebulan? :p

Alhamdulillah, Mia Nur Khalilah sihat-sihat adanya disamping ibunya yang tercinta. Semalam aku dan isteri aku serta Lila pergi ke JJ Maluri untuk membeli baby stroller dan baby car seat. Kenapa di JJ? Ini kerana aku mendapat baucer RM200 daripada kawan, hadiah sempena kelahiran Lila katanya. Dan aku juga menerima tunai RM200 juga daripada seorang hamba Allah dengan alasan yang sama. Alhamdulillah!!!Aku dan isteri membeli dapat membeli baby stroller, babay car seat dan tilam lembut untuk Lila pada harga RM647. Lupa pulak nak tangkap gambar :p. Kira mama Lila kena tambah skit duit la. Pastu aku terus melarikan Lila ke Kajang kerana nenek dan achik dia rindukan Lila. Tapi Lila dok tido. Achik dia pegang-pegang, geletek-geletek pun Lila paling kuat pun menggeliat dan pastu sambung tido balik. Alahai anak abah......, sayang kat baby tau. Mamanya pun aku sayang gak ehehehehhh....
p/s: Love both of you!!!



